Tambah Ulasan

Marketing . February 6, 2021
Strategi UNIK IKEA untuk tarik pelanggan

Bila cakap bab strategi, banyak benda yang kita boleh belajar dari jenama-jenama besar.

 

Diaorang ni dah spend juta-juta buat research. Research untuk tarik pelanggan.

 

Research untuk bagi unmatched customer experience.

 

Research untuk buat pelanggan tu datang balik dan spend lebih banyak dengan diaorang dan salah satu jenama tu adalah IKEA.

 

Jenama yang tidak asing lagi kalau kita cakap pasal perabot, barang hiasan dan keperluan harian di rumah. Syarikat yang berasal dari Sweden ni merupakan salah satu syarikat yang 100% pemilikan persendirian(Privately owned).

 

Tahun 2019 sahaja, IKEA merekodkan jualan sebanyak $44bil (RM178Billion). Betul Billion! Korang kira lah sendiri berapa banyak "0" kena letak.

 

So, apa strategi yang IKEA pakai yang admin nak share ni?

 

IKEA ada cara UNIK untuk sentiasa tarik pelangan ke kedai! Korang mesti tak tahu tapi, 90% orang yang datang ke IKEA takda niat nak beli perabot. Sebaliknya mereka datang untuk makan.

 

Untuk mengenyangkan perut. Perasan tak kenapa sebelum sampai ke kawasan cafe tu, korang akan perlu lalu showroom yang panjang, penuh dengan set-up set-up rumah yang akan buat korang rasa nak membeli.

 

Rasa macam "Bila ada duit nanti, nak rumah macam ni lah" Pastu korang pun sampai ke cafe dan akan makan seperti biasa. Bila perut dah happy tu, ramai akan happy-happy jalan kat store dia kat tingkat bawah tu.

 

Katanya nak tengok-tengok je, tapi apa yang akan berlaku?

 

Confirm korang akan "terbeli"

Wave Admin's Avatar

Wave Admin

Author

Share :
Latest Promo
Related Articles