Tambah Ulasan

Marketing . February 26, 2021
Satu RAHSIA untuk “Pujuk” pelanggan membeli dari website anda!

Untuk membina satu website yang boleh memujuk (high converting website), elemen yang sangat penting adalah elemen kepercayaan (trust factor).

 

Elemen ini merupakan kombinasi dari penggunaan konten yang anda tulis di dalam website anda. Ketiadaan elemen kepercayaan ni boleh menyebabkan bakal pelanggan rasa “TAKUT” untuk membeli atau menempah servis anda.

 

Jadi untuk selamatkan anda dari mengalami masalah yang sama, berikut merupakan 3 elemen kepercayaan (TRUST FACTOR) yang WAJIB ada di website anda.

 

𝟭. 𝗣𝗿𝗼𝗼𝗳 𝗢𝗳 𝗥𝗲𝘀𝘂𝗹𝘁𝘀/𝗪𝗼𝗿𝗸 - 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗵𝗮𝘀𝗶𝗹 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮

 

Elemen ini sangat penting untuk meyakinkan pelanggan bahawa anda merupakan satu expert dalam bidang anda. Di website, anda boleh pastikan para pembaca dapat melihat bukti-bukti kerja yang lalu.

 

Sebagai contoh, sekiranya anda seorang pereka fashion, apakah bukti design fesyen yang anda boleh tunjuk di website anda untuk yakinkan pelanggan?

 

Adakah gambar pelanggan yang sedia ada yang anda boleh tunjuk di website?

 

Pastikan boleh dilihat atau diakses di laman utama.

 

𝟮. 𝗧𝗲𝘀𝘁𝗶𝗺𝗼𝗻𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻

 

Kita semua tahu bahawa testimoni pelanggan merupakan satu peluru yang perlu ada dalam bisnes. Tanpa testimoni, akan jadi sukar untuk kita tunjuk kredibiliti kita.

 

Namun, testimoni juga ada 2 jenis. Satu yang meyakinkan, manakala satu lagi adalah sekadar testimoni biasa. Bagaimana nak dapatkan testimoni yang meyakinkan?

 

Anda harus cari cerita transformasi (Transformation story).

 

Testimoni ini mengandungi perubahan yang pelanggan anda alami sebelum dan selepas mendapatkan servis atau produk anda.

 

Kalau testimoni anda berbunyi seperti “𝙎𝙚𝙡𝙡𝙚𝙧 𝙗𝙖𝙜𝙪𝙨...𝙄𝙣𝙨𝙝𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙧𝙚𝙥𝙚𝙖𝙩 𝙤𝙧𝙙𝙚𝙧", anda perlukan testimoni yang lebih baik.

 

𝟯. 𝗚𝗮𝗺𝗯𝗮𝗿 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵𝗮𝗻 (𝗦𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗗𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀)

 

Sekiranya anda menjual servis yang dapat memberi impak yang boleh dilihat (Seperti Personal Trainer, Servis Cuci Sofa atau servis potong rambut), gambar sebelum dan selepas dapat memberi impak yang sama seperti testimoni tanpa perlu menulis sebarang perkataan.

 

Berikutlah merupakan elemen kepercayaan yang WAJIB ada di website anda sekiranya anda ingin menggunakan website anda sebagai satu medium conversion untuk perniagaan anda.

 

Sekiranya anda ingin dapatkan khidmat konsultansi kami untuk menganalisa website anda yang ada sekarang. 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗣𝗠 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗹𝗶𝗻𝗸 𝘄𝗲𝗯𝘀𝗶𝘁𝗲 anda dan team kami akan bantu!

 

Sekian! Salam Jumaat!

Wave Admin's Avatar

muhammad khairul fikri

Author

Share :
Latest Promo
Related Articles