Selalunya, bila dah buat website ni, kebanyakan orang berpendapat bahawa sales tu akan masuk secara automatik.
Tapi hakikatnya, website takkan dapatkan pelanggan secara automatik.
Jadi, saya akan kongsi 3 action steps penting yang anda perlu buat untuk start tarik pelanggan ke kedai baru (a.k.a website) anda.
Tapi sebelum saya share, korang kena janji satu perkara. Yang korang akan guna benda yang saya akan share dan implement dalam bisnes korang.
Boleh? Jom…
1. Letak Nota Kaki Yang Mengandungi Link Ke Website Anda
Nota kaki ataupun “P.S.” merupakan tempat yang orang selalu akan tengok.
Nota kaki ni boleh letak kat “Email Signature”, “Artikel Social Media Anda”, “Comment anda di facebook”
Anda akan terkejut berapa ramai pembaca email anda akan klik perkataan di bawah tu
2.Start Posting Di Media Sosial
Masalah kebanyakan orang, dia pikir bahawa traffik tu akan datang secara sendiri Tapi, itu bukan hakikatnya.
Website ini sama perumpamaan dengan kedai anda. Secantik mana pun kedai, kalau takda orang masuk, takkan laku lah kedai tu.
“Tapi Fitri, saya tak tahu cara nak start sosial media”
Kami ada cara senang nak run sosial media dengan betul. 50 muka surat guide yang anda boleh follow step-by-step Download je kat sini dan implement lah strategi-strategi yang diajar dalam guide tu.
3.Cari Pelanggan Di Kalangan Kenalan Rapat
Bila baru start bisnes ni, banyak yang beranggapan bahawa kita perlu buat facebook ads. Tapi ada cara untuk dapat klien dengan lebih mudah.
Caranya?
Guna kenalan handai korang. Tanya samada dia kenal sesiapa yang perlukan servis korang. Ianya cepat dan senang sebab kenalan anda dah kenal dan percaya korang.
Jadi akan mudah untuk convincekan diaorang untuk try servis korang. Apa yang anda boleh belajar?
Secara kesimpulannya, sekiranya korang ada website dan website tu tak pernah bawak masuk pelanggan, anda ada masalah trafik, bukannya masalah website.
Dan masalah ini dapat diatasi sekiranya anda konsisten dalam menguwar warkan tentang website anda