Tambah Ulasan

Motivasi . April 27, 2021
Checklist untuk yang baru start bisnes....

"Saya baru nak mula bisnes....boleh tolong ajar apa yang perlu saya buat?""

 

Assalamualaikum, kembali dengan sesi sharing tips bisnes senangstart

 

Harini, tips yang bakal kami ajar ni, boleh bantu anda untuk jana sales seawal tiga puluh hari. 

 

Tapi....anda kena pastikan anda buat apa yang bakal kami share.

 

Sebab kalau baca tapi tak apply, bisnes takkan ke mana....

 

Faham?

 

(Kalau nak muat turun versi checklist, boleh skroll ke bawah dan tekan download)

 

Step 1: Bina Fanpage

 

Untuk sesiapa yang baru mula tu, korang kena ada satu channel untuk korang bina konten...

 

Channel ni boleh ada dalam bentuk:

  • Facebook Page
  • Akaun Tiktok
  • Instagram Page

 

Kat sini, korang kena pastikan servis atau produk yang korang cuba jual, boleh difahami melalui nama channel, profile pic, banner channel dan description akaun korang.

 

Korang kena faham, kalau orang tak faham apa yang korang jual bila mereka berada di channel korang, mereka akan exit

 

Formula untuk buat description profil yang tarik perhatian?

 

Korang boleh guna formula ni...

 

(Apa yang korang buat) + (Siapa yang korang bantu/jual)+  ( apa keunikan utama)

 

Sebagai contoh: 

  • Kami menyediakan kursus menjahit baju kurung instant untuk suri rumah 
  • Kami menjual botol susu bayi mudah cuci nyahkuman kepada para ibu bapa yang ada bayi yang sensitif
  • Kami bantu bakal pengantin untuk hilang 20kgs supaya mereka nampak segak dan jelita di hari perkahwinan

 

Itu yang pertama.

 

Step 2: Pilih Target Audiens Anda

 

Perasan tak, bila anda piih target audiens yang anda nak jual kepada, description servis atau produk anda jadi lebih unik?

 

Orang akan rasa anda seorang pakar ...

Mereka akan mudah tertarik dengan apa yang anda bawa ...

Orang akan rasa ingin tahu dengan apa yang anda boleh bantu ...

 

Jadi, pilih golongan/target group siapa yang korang nak target.

 

Step 3: Buat Satu Lead Generator

 

Untuk anda mula menjual, anda perlukan database

 

Database ini lah yang anda boleh jalankan promosi untuk tarik orang yang nak membeli

 

Jadi, untuk tarik pelanggan ni, apa yang anda perlukan ialah Lead Generator. 

 

Benda dalam berbentuk value yang anda boleh beri kepada pelanggan untuk mereka tahu lebih lanjut tentang apa yang anda cuba selesaikan.

 

Saya bagi contoh:

 

Andaikan, anda seorang fitness coach, lead generator yang anda boleh buat:

  • Ebook Senaman di rumah yang anda boleh buat (10 mins sehari)
  • Sesi trial bersama anda selama 3 sesi
  • Konsultansi pemakanan percuma
  • Group telegram di mana saya kongsi tips setiap hari

 

Lead generator ni boleh di buat dalam pelbagai bentuk, samada ebook, video series percuma. 

 

Lepas dah siap tu, anda boleh baca step seterusnya: 

 

Step 4: Start Promote Lead Generator Tersebut

 

Bila cakap pasal promoting lead generator ni, ada seni nya tersendiri

 

Jikalau terlalu hardsell, takda orang akan download...

 

Jadi, apa caranya?

 

Anda buat konten, dan di Penghujung konten tersebut, anda "jual" lead generator anda...

 

Kita guna balik contoh fitness coach tadi...

 

Bayangkan anda tengah buat tips senaman dalam bentuk video....

 

Dan di penghujung video tersebut, anda boleh cakap...


"Oh dan kepada anda yang inginkan tips senaman yang lebih mendalam, anda boleh join group telegram saya (link di bio) dan kami akan tunjuk lagi banyak senaman yang anda boleh buat"


Boom...orang yang tengok video tu sampai ke penghujung, akan tekan bio yang anda beri dan akan berada di group telegram anda.


Step 5: Buat Marketing

 

Sekarang bila anda dah ada lead generator tu, anda akan start dapat bina database pelanggan anda

 

Apa yang nak buat dengan database ni, tu saya akan bincangkan step seterusnya.

 

Okay, sekarang kita sentuh pasal marketing. 

 

Bila cakap pasal marketing ni, akan ada rasa campur baur. 

 

Ada yang nak buat, ada yang tak nak buat.

 

Beginilah, kalau anda tak buat marketing, tak nak post, segan atau malu apa yang orang bakal fikir atau kata pasal anda, mungkin anda tak boleh run bisnes

 

atau anda perlu bayar seorang marketer untuk buat untuk anda

 

Tapi kalau anda adalah orang yang suka cabaran dan nekad nak buat marketing, ni jenis konten yang korang boleh buat:

 

  • Tips untuk dapatkan result
  • Step by step untuk bantu orang
  • Permasalahan yang dihadapi
  • Checklist untuk pelanggan anda
  • Testimonial pelanggan
  • Cerita transformasi pelanggan
  • Isu isu semasa
  • Kenali diri 

 

Bermacam-macam lagi lah yang korang boleh google

 

Step 6: Buat Promosi kepada database sedia ada

 

Sekarang bila anda dah konsisten buat marketing dan promote lead generator anda, anda akan start nampak database pelanggan

 

Sebelum itu, saya nak ubah sikit persepsi anda terhadap database prospek atau pelanggan ni.

 

Kebanyakan peniaga di luar sana, kita mengganggap bahawa fungsi database ni adalah untuk kita menjual sahaja.

 

Salah, mereka ni adalah komuniti yang kita perlu sentiasa jaga dan sentiasa bantu.

 

Dan sekali sekala, kita akan buat promosi kepada mereka.

 

Apakah jenis promosi yang anda boleh buat? Anda boleh baca pos sebelum ni tentang promosi

 

Step 7: Bagi Servis World Class

 

Bila dah kat sini, korang dah akan dapat close sales dah. 

 

tapi tugas anda tak habis lagi kat sini.

 

Sebagai seorang peniaga, amatlah penting untuk anda untuk memberi servis yang world class, untuk buat pelanggan rasa kagum

 

Apakah yang buat satu servis tu jadi servis world class?

  • Komunikasi yang professional
  • Ada workbook atau benda fizikal yang anda beri
  • Ada servis support yang pantas
  • Hasil servis yang diberi sangat memuaskan

 

InshAllah, pelanggan akan menceritakan tentang pengalaman mereka.

 

Kesimpulannya, untuk buat bisnes ni tak susah. Kena istiqomah, konsisten dalam mengambil langkah untuk buat apa yang diperlukan untuk tarik pelanggan, bantu mereka dan inshAllah buat mereka yakin untuk membeli dari kita

Wave Admin's Avatar

muhammad khairul fikri

Author

Share :
Latest Promo
Related Articles