Tambah Ulasan

Marketing . March 9, 2021
7 perkara yang boleh MEROSAKKAN brand anda

Pernahkah anda terfikir, apa benda yang boleh menjatuhkan sesebuah brand? Apa yang dilakukan oleh pemilik tersebut yang boleh merosakkan persepsi terhadap brand tersebut?

 

Hari ini, admin nak share sikit apa yang admin tahu berdasarkan pengalaman kami membantu lebih 100 peniaga melalui syarikat-syarikat kami.

 

Anda sedia? Jom...

 

1. Pembawakan Brand (Brand Message) Yang Tak Jelas 

 

"Noise is the enemy of your customer" - Donald Miller, Pengasas Storybrand. 

 

Bagi Donald, sekiranya pelanggan sukar untuk memahami apa mesej yang brand cuba sampaikan, mereka akan terus "Tune Out" atau abaikan jenama tersebut dari minda mereka

 

Bagaimanakah masalah ini boleh berlaku?

  • Sekiranya copywriting anda menggunakan istilah-istilah jargon yang hanya anda faham
  • Menjual terlalu banyak produk berlainan dan bertentangan dengan kelebihan masing masing
  • Sentiasa menjual daripada menceritakan tentang permasalahan audiens

 

2. Mengambil Masa Yang Panjang Untuk Menerangkan Tentang Produk atau Servis anda

 

Benda ini berkait rapat dengan topik pertama. Ada sebabnya kenapa konsep "Elevator Pitch" diperkenalkan dan diguna ramai di seluruh dunia. 

 

Ia merupakan proses pengenalan dimana, founder tersebut diberi tempoh 30 saat untuk menerangkan tentang produk/servis yang dibawa.

 

Terlalu lama, perhatian semakin kurang.

 

Jadi benda yang sama boleh berlaku, sekiranya anda mengambil masa yang lama bila diberi peluang untuk bercerita tentang produk/servis anda.

 

3. Menjual Sebelum Membantu


Perkara ini juga boleh merosakkan brand anda dan menyebabkan pelanggan lari ke pesaing lain. 

 

Anda kena faham, sebelum seseorang itu membeli, mereka memerlukan keyakinan bahawa anda dapat bantu menyelesaikan masalah mereka.

 

Dan anda boleh buat sedemikian melalui konten marketing. Dimana anda beri value add percuma untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai kredibiliti untuk menyelesaikan masalah mereka.

Tanpa kredibiliti, para pelanggan akan rasa sukar untuk mempercayai jenama anda dan hal ini akan menyebabkan mereka lari ke pesaing lain.

 

4.  Tiada Social Media "Presence"

 

Satu lagi perkara yang boleh merosakkan jenama anda. 

 

Kita hidup di zaman sosial media. Zaman dimana setiap orang mempunyai suara di internet. Samada bagus atau tidak, yang itu kita cerita di hari lain.

 

Tapi tanpa social media presence, agak sukar untuk anda membina following ataupun audiens yang anda boleh pujuk untuk jadi pelanggan. 



5.  Website Yang Tak Professional

 

Sekiranya anda lihat jenama jenama yang terkenal, anda akan perasan sesuatu. 

 

Semuanya mempunyai laman web yang professional dan mudah dipakai. 

 

Hakikatnya, website anda adalah cermin brand anda. Sekiranya website anda buruk, maka buruklah persepsi pelanggan terhadap jenama anda.

 

Ianya diibaratkan seperti menjemput tetamu ke rumah yang kotor. Tiada siapa yang nak datang kembali.


6.  Menggunakan kontroversi sebagai cara untuk menarik perhatian

 

Walaupun strategi ini berkesan untuk dapatkan semua orang untuk berkata mengenai brand anda, ianya akan merosakkan persepsi orang terhadap brand anda. 



Jikalau anda lihat, brand brand besar tidak menggunakan taktik controversi untuk menarik perhatian, kerana mereka tahu ini akan menyebabkan pelanggan hilang rasa hormat terhadap brand anda.



Jadi fikir fikirkan lah sekiranya anda ingin menggunakan taktik ini.

 

Akhir sekali...

 

7.  Tiada Penjagaan Reputasi 

 

Apabila tiba satu masa dimana brand anda sudah "take-off", akan ada pihak yang akan cuba menimbulkan rasa tidak puas hati untuk menjatuhkan reputasi anda

 

Di sini, anda akan perlu sentiasa mengambil inisiatif untuk melihat apa yang sedang diperkatakan oleh pelanggan di luar sana mengenai brand anda

 

Sekiranya anda tidak suka apa yang sedang diperkatakan, anda haruslah mengambil inisiatif untuk memulihkan reputasi anda. 

 

Ambil inisiatif untuk jaga nama brand anda. 

 

Jadi apa yang boleh admin katakan di sini, adalah, kita harus sentiasa ambil langkah untuk memastikan bahawa kita tidak melakukan apa apa perkara yang di atas.

 

Sekiranya terdapat perkara yang berlaku secara langsung atau tidak langsung, amat dituntut supaya anda untuk mencari jalan penyelesaian. 

 

Ingat, sebelum terlambat!

 

 

Wave Admin's Avatar

muhammad khairul fikri

Author

Share :
Latest Promo
Related Articles